" align="CENTER" height="0" width="0">
N A A
Al Kisah Pahlawanku Yang Disanjungi :)
Friday, August 31 @ 12:14 AM |


Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera dan salam 1Malaysia. *echehh! Hehe. Alhamdulillah... Negara kita dah 55tahun merdeka. Berbalik pada zaman penjajahan dulu tak terkira rasanya pengorbanan yang diberikan oleh pejuang-pejuang kepada Negara kita, Malaysia. Mereka telah banyak berbakti. Kita lihat pelajar-pelajar zaman sekarang, majoritinya Sejarah lah subjek yang paling tidak diminati. *termasuk aku. Hehehe. Mungkin kerana terlalu banyak fakta perlu diingat? Sedangkan subjek Sejarah adalah untuk kita mengetahui dan mengambil iktibar daripada segala perjuangan dan rintangan yang dihadapi oleh pejuang Tanah Melayu sebelum merdeka. 

     Tahun 2012 ni tema merdekanya adalah Janji Ditepati. Kan? Oke oke, releks. Tahu dah korang bosan untuk baca pasal sejarah-sejarah ni. Ish ish ish. Takpa takpa. Sat lagi ni kita karaoke dulu naa... Jom!


     Wah, sebut pasal pahlawanku ni Arin nak cerita jugak Al Kisah Pahlawanku Yang Disanjungi :) My late Abah. Abah seorang yang sangat smart! Sangat-sangat! *Annoying ke bahasa ni? Kwhatever! Hoho. Arin cakap Abah smart sebab Abah handsome. Nak-nak bila dalam uniform Polis! Ha, polis okey. Uols, uols jangan jeless *Cakap ala-ala Azwan Ali :p Abah dahlah smart, berkaliber pulak tu. Sebelum Abah pergi Abah sempat dapat pangkat Chief Inspektor! See, Abah kita hebatkan? Arin ingat lagi masa kecik-kecik dulu ada sambutan Kemerdekaan. Masa tu kat Terengganu. Abah ada kawad kaki. Abah ketuanya. Huhu. Kita orang yang jakun tak pernah datang tempat macam tu menjerit-jerit panggil Abah yang tengah duk fokus kawad tu. Nak diceritakan panjang lebar lagi Arin sendiri pun tak ingat. Sebab masa tu Arin baru berapa tahun. Hoho. 4 5 tahun la kott :D hee.

Ha, ni gambar Abah kita dulu. Ni masa pangkat Inspektor :)

     Tapi sekarang Arin sendiri dah dapat merasa bila dapat join dalam Sambutan Hari Kemerdekaan tu. Arin join untuk Human Graphic. Bentukkan logo 1Malaysia. Best sangat. Masa rehearsal kita orang punya perform memang teruk gila. Tapi bila hari yang sebenarnya untuk kita orang perform, Alhamdulillah Perfect! Kalau Abah still ada mungkin Abah pun join sekali dalam sambutan nikan? Rindu Abah sangat-sangat. Pahlawanku...

     Dikesempatan ini Arin ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke55. Semoga negara kita akan terus aman tenteram dan merdeka! Mohon dijauhkan daripada segala bala bencana. Aminnn :) Mari kita laungkan merdeka bersama-sama. Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! and apa yang penting 1Malaysia! 1Malaysia! 1Malaysia!


p/s: Pastikan Malaysia sentiasa aman dan harmoni serta terus merdeka!
Dan berharap agar Malaysia akan terus maju setanding dengan negara-negara lain.
Amin Amin Amin :)





Older Post | Newer Post
Landlord

Arin for short.
Feel free to be here gaiss ^.^

Happy 6th Anniversary Blogshut! Much love for you, my Dear! ❤ 20Nov2010 - 20Nov2016 :)

Check It Out!

Diary NAA's

Twitter: @azrnamra

Instagram: @azreenamiera

Older Entries


Say something :)


Addicts To




Click here!



Credits!

Template by : Mieyra | Biela
Full Edited : RinAmyra
Image From : we❤it

Best View at GOOGLE CHROME!