" align="CENTER" height="0" width="0">
N A A
Mr Helmet
Tuesday, November 6 @ 10:54 PM |


Assalamualaikum :)
           Hye hello rakyat jelata Blogger sekalian. Hari ni aku betul betul nak sangat sangat sangat cerita dekat blogshut. Nak sangat sangat luahkan dan nak sangat sangat ada yang faham. Aku tetiba rasa sebak sekarang. Sekarang ok. Bukan semalam bukan kelmarin. Ni latest feeling punya. Hurh. *Minum air sat.

         Ok, sambung citer. Aku tetiba rasa sebak sebab tadi terstalk Mr Helmet. Budak Form6 tu. Budak yang dah satahun aku tunggu dia tapi... Hurm! Eh, aku tak nak cakap pasal ni. Tapi, nak citer jugak. Hekk :p Sampai sekarang masih lagi nak suka kat dia ni kenapa aku ni??!! Gila je rasa. Ouh my :p Buang la rasa ni Arin woii >.< Takpela, hati ni berteriak berlonjak-lonjak suruh aku beri information tentang Mr Helmet :)

       First time aku nampak dia, ternampak dia, terpandang dia, tersuka dia, masa tu awal tahun lagi lepas habis assembly kat sekolah. Time tu dia masih bermisai. Tapi handsome! Dia kena tegur dengan pengawas-pengawas kerek yang jaga kat pintu Dewan Bitara :p I thought he's new student. Oyeah, that's right! Budak 5'?' 2011 :) Nama? Eh, mana boleh. Mr Helmet je. Hee. Oleh kerana aku nak tahu sangat siapa dia, nama dia, duduk kat mana, kelas apa, dari mana and etc aku suruh kawan-kawan aku yang tanya. Welk. Time tu aku Form3. We all selalu rehat dekat tepi longkang tepi kelas, depan surau :) Masa tu Mr Helmet pun ada. Dia dekat pokok bunga tepi longkang. *Haih, tak senonoh. Macam dah takde tempat lain kita orang ni nak makan, kan? Hehe.
           
         Then, ramai yang tak berani nak tegur budak baru a.k.a Mr Helmet. Aku tak ingat sape yang pergi tengok ada tak nama dia kat baju tu. Shazlin tak silap aku. Dia pergi sana buat-buat pergi kat member padahal nak culik nama Mr Helmet. Hekk hekk :D Tapi takde pun. Aku frust. Then, Elida classmate aku 3Terampil dulu *detailnya! Hah,oke oke. Dia memberanikan diri tanya apa nama budak baru tu sebab time tu dia tak ada lagi name tag. Budak barukan... Hoho :) Tapi.. Tak berjaya jugak. Dia nak tahu sape yang nak tahu nama dia tu. Ouh my. Mahal sungguh nama kau yer! Hurh. Sekali lagi, FRUST! Aku melangkah ke kelas dengan berat hati dan rasa hendak berpaling semula ke arah dia. Disaat aku berpaling. Eh, mana dia? Ouh, benci drama! Uwelkk :p 

          Selang berapa bulan lama kemudian. Lamakan? Aku terserempak dengan Nasha si itik gemuk lagi bising quack quack quack! Haha. Ok ok. Dia tahu aku suka dekat budak baru tu. Aku tak ingat dari mana dia tahu. Wey, menda dah lama. Ada yang aku terlupa. Lol. Hoho. Membe Nasha kawan dengan budak baru tu. Then aku apa lagi. Suruh Nasha minta number budak baru tu kat member dia. Tak lama lepas tu, bila dah dapat. Aku teragak-agak untuk contact dia. Bodoh tak aku!? Tapi ada hikmah disebalik kejadian ni. Masa aku baru datang sekolah first thing aku buat mesti pergi tandas. Belek tudung. Masa tulah, hati aku remuk redam hancur berkecai bak kaca jatuh ke jalan tar! Eh? Hekk. 

          Aku ternampak dia sedang berdating bermesra bergelak ketawa dengan seorang budak Form2 yang cantik lagi comel dan nampak sesuai secocok sedondon dengan Mr Helmet ku :'( Apa yang aku rasa? Sudah semestinya cemburu dan menonggeng keFRUSTan! Silap aku kot. Eh, yeke? Biarlah. Tapi... Hampir setiap hari aku ternampak dia dengan dia. Bukan sengaja nak nampak nampak mereka. Tapi dah kelas Girlfriend dia selang 3 kelas je dengan kelas aku. Satu hari tu, aku terserempak dengan Mr Helmet. Masa tu dia sorang je. Di tangga. Aku terpandang dia, dia terpandang aku. TER ok. Time tu tetiba muncul satu perasaan yang sangat aneh. Dan aku rasa Mr Helmet tak punya rasa yang sama dengan aku. Gila kau takkan dia nak ada perasaan kat aku. Siapalah aku ni. Hanya gadis biasa. *Ecehceh :D

        2011. Tahun yang paling penting bagi aku dan juga bagi dia. Sebab kami sama sama nak hadapi peperiksaan besar lagi besar dan besar *annoying! :p Aku nak PMR dan Mr Helmet nak SPM. Aku slow slow try lupakan Mr Helmet sebab nak fokus study *kononnya! Erm. Dan bila dah habis PMR berhari hari aku tak datang sekolah. Dah cikgu kata better kita orang tak payah datang sekolah. Yela, nak buat apa lagikan. Exam dah habis. Lalu aku dicopkan sebagai "PUPUS" oleh Elida. Ok. Last day sekolah then cuti sekolah. Sampailah ke tahun seterusnya, 2012. Aku terpandang port yang selalu jadi tempat Mr Helmet lepak dengan member dia. Tetiba rasa rindu menyerbu! Aku tak faham. Aku nak tahu. Aku suka kat dia lagi ke? Dan terbuktilah, ya :) Memang suka. Tapi, aku tak simpan lama. Aku kena sedar siapa aku :'( 

          Satu hari tu, masa nak pergi sekolah. Nak masuk simpang Bukit Rangin. Aku ternampak dia. Dia naik motor. Dia berbaju sekolah? Setelah aku mengskodeng sedikit di Facebook dia. Sikit je. Hehe. Dia sambung Form6 rupanya :) Tapi masih belum aku selidik dia sekolah mana. Sama ada Paya Besar atau Panglima Perang. Hurh. Sedih. Time tulah, rasa suka tu datang berlumba lumba menyerbu hati aku yang baru je nak lupa kat dia. Gila je rasa :p Sampai sekarang, masih suka. Tak tipu. Memang aku suka dia :) Aku panggil dia Mr Helmet sebab masa aku balik sekolah hari tu, aku nampak ada budak sekolah bermotor dan aku terpandang si pembonceng. Di sebalik helmet yang dia pakai. Aku tahu tu dia. Terbukti memang dia pun :) 

         Sekarang, dia... Dah ada Girlfriend lain. Cantik orangnya. Mungkin dia bukan jodoh untuk aku. Hanya wujud buat sementara waktu dalam hidup aku. Permainan kat dunia. Memang macam ni. Aku terima dan aku tak berapa frust kali ni sebab aku tahu Allah ada di saat aku perlukan pertolongan-NYA untuk sisipkan sedikit ketabahan di hati aku. Aku terima :') Ok. Rasa lega sikit dapat citer. Walaupun tak ada orang berminat nak baca entry panjang lebar cenggini. Suka hatilah. Janji aku happy :) Memang happy. Hohh ~ Thanks jugak kepada pendengar setia aku. Shida and Zahariah :) Mereka tak pernah bosan dengan cerita karut aku pasal dia. K, mungkin >.< Hurh.



p/s: Sorry entry kali ni agak sentimental. Hanya luahan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada manusia! Ehhh? Haha. Oke thanks. Assalamualaikum :)

          





Older Post | Newer Post
Landlord

Arin for short.
Feel free to be here gaiss ^.^

Happy 6th Anniversary Blogshut! Much love for you, my Dear! ❤ 20Nov2010 - 20Nov2016 :)

Check It Out!

Diary NAA's

Twitter: @azrnamra

Instagram: @azreenamiera

Older Entries


Say something :)


Addicts To




Click here!



Credits!

Template by : Mieyra | Biela
Full Edited : RinAmyra
Image From : we❤it

Best View at GOOGLE CHROME!