" align="CENTER" height="0" width="0">
N A A
PLKN 's Life
Friday, March 21 @ 9:57 PM |





Assalamualaikum. Hey guys! Heeee ^.^ 
Ok. Janggal sangat rasanya sekarang. Dah lama tak meroyan kat sini. 2bulan setengah kot. Rindu nak menaip lama lama. Mengarut tah pape kat sini. Hokeyy, sekarang Arin dah freedom for the second time! Huyeayy! Freedom dari apa pulak sekarang ni? Hey, of course la dari PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA! PLKN uolss.. Huhuhu. Happy sangat!! Ngeee. Ok ok, fokus pada entry harini PLKN's Life...

PLKN? Hmm, ada sesetengah orang beranggapan yang PLKN ni something yang sia sia, membazir la apa la.. Termasuk la Arin masa mula mula dapat tahu kena masuk sini. Negative thinking? Jangan cakap ahh. Setiap hari ada je. Tapi belum cuba belum tahu, right? Tak kenal maka tak cinta. So, Arin try berfikiran positif pasal PLKN nih. 

Perasaan masa mula mula masuk Kem Latihan Cheneh Cemerlang, Kemaman (KLCC) nih agak tak dapat nak terima kenyataan jugak la. Rasa macam Arin ni banyak sangat buat dosa sebelum ni sampaikan Allah uji Arin dengan menjauhkan Arin dari family. See?! Betapa tak maturednya pemikiran Arin masa tu. Astaghfirullah.. Huhhh. Then, homesick? Erm, agak lama jugak la nak buang masalah ni. 3weeks maybe. Menangis tu dah macam mainan Arin kat sana. Kat mana mana pergi mesti tetiba je rasa sebak. Yang tak boleh blah nye masa kelas CB boleh pulak menangis. Paling ke dinding tak bagi orang perasan. Hehe. Mujur takde orang nampak. Adeihh.. Buruk perangai. Alaa, bukan Arin sorang rasanya macam ni. Ramai lagi. Yedok?

Malas nak cakap panjang, so bagi yang first intake macam Arin ni. Cuti semester ada, cuti raya cina. Kem bagi 4hari je. Lepas cuti raya cina ni la dah banyak aktiviti yang best best. 2 3 minggu yang mula mula tu, kem banyak bagi intro je. Time cuti Jumaat Sabtu takde menda lain dah.. Ceramah ceramah ceramah. Pastu ramai la pelatih tak kira la Wira ke Wirawati ke sama sama buat taik mata! Hahaha. Dan dan je tidur. Tapi semua tu dah jadi kebiasaan dekat sana walaupun semua tu agak kurang sopan. Masa makan dekat sana ada 6 kali. Sarapan, Minum Pagi, Makan t/hari, Minum Petang, Makan Malam, Supper. Haha! Tapi Arin tak sampai 6kali pun makan kat sana. 2kali je sehari. Malas nak jalan pergi dewan makan. Hihi. Ergrr =.=' 

Pasal kelas, ada Kelas Character Building (CB), Kelas Kenegaraan (KN) dan Kelas Integrasi (KI). Kelas CB makan masa jugak la nak perabeh dalam 15hari gitu. KN tak lama mana 5hari rasanya then KI 3hari je. Huhuhu. Setiap kelas ni ada keistimewaan dia yang tersendiri. And dalam setiap kelas tu banyak ilmu baru yang Arin dapat. Seriously, tak sia sia pun sesapa yang dapat PLKN ni. Positive thinking, guys :)

Untuk bakal pelatih yang sikit pun tak tahu pasal PLKN ni, kat sini ada 4 Kompeni. Alpha Bravo Charlie Delta. Setiap kompeni ada visi dan misi yang tersendiri. Kita orang bersaing secara sihat. Ada yang mula mula paling bawah and finally jadi Kompeni Terbaik. Tak semestinya kita gagal pada mulanya kita akan gagal untuk kali yang seterusnya, right? Macam yang Tuan Komandan lama cakap (LT KDR. Ahmad Saiful Fadly), 

"Jangan main main dengan orang yang kalah ni.. Suatu hari dia yang akan naik..". 

Tuan ni kabo ke kompeni Arin arr, DELTA. Sebab masa persembahan KKJ kita orang tempat ke4. First Charlie, Bravo then Alpha. 

Tapi Delta tak semudah tu nak menyerah kalah. Putus asa? Memang tak la kan. Semangat Delta sampai ke penghujung latihan tu yang buat Arin tak boleh lupa. Dari pertandingan netball, volleyball, pangkalan (Wirajaya), puisi, kawad... Delta rebut semua peluang tu. Sampai la Delta dinobatkan sebagai johan sekaligus merangkap kompeni terbaik Kumpulan1 Siri 11/2014 Kem PLKN Cheneh Cemerlang (KLCC). Walaupun Arin hanya menyumbang dalam pertandingan kawad, at least Arin dah lega sebab keluar sebagai Ex Wirawati TANPA TANGAN  YANG KOSONG! Tak sia sia pun berlatih kawad dengan matahari tegak atas kepala. Muka burn jangan cakap la. Memang jelas nampak belang. Huhuhu!

Aktiviti yang paling best la bagi Arin kan.. Masa aktiviti menembak. Pakai M16 woo! Kita orang buat latihan menembak ni dekat Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, Kuantan. Debar gak masa mula mula tu. Pegang pun dah ketar ketar. Pastu Abang Baik tu kata, 

"Jangan takut. Takde mendanya.. Buat slow slow supaya nanti baru rasa puas lepas menembak..".

Memang betul pun. Arin tembak satu satu slow slow pun still rasa tak puas kot. Hahaha! Then, ada jugak latihan rescue dekat Akademi Maritim Sultan Haji Ahmad Shah (AMSAS). Latihan ni pun tak leh blah. Sumpah cakap, Arin dah fobia dengan kolam. Fobia kolam la. Kalau fobia air tak mandi la cheq oi. Hahaha! Teringat masa berenang kat situ walaupun dah pakai jacket life but Arin still teragak agak sampai Arin terkapai kapai tak mampu nak imbang badan dalam air. Minta tolong cikgu, 

"Cikgu cikgu! Saya nak naik. Saya nak naik. Tolong saya cikgu! Saya tak boleh!". 

Pastu dengan selamba cikgu buat tak tahu dengan kata kata Arin ni. Dia cuma bagi moral support.. 

"Awok boleh! Awok boleh! Percaya pada LA" 

Adeihh, cikgu!! Arin dah macam cacing kesejukan dalam kolam tu. Yea, cacing kesejukan la sebab berendam dalam air. Hampir lemas pulak tu siap berteguk teguk lagi air kolam Arin bantai. Hahaha! But sokayy, tu semua pengalaman. Apa guna penat penat masuk PLKN kalau takde pengalaman ni semua. Kan? Aktiviti yang lain pulak macam Flying Fox, biasa je. Tak tinggi mana. Tapi yang start gerun tu masa cikgu tolak nak FLYYYY! Yaaa, best sangat masa fly atas air! Heeee. Best kan aktiviti kat sini? Memang tak banyak masa kumpulan kita orang. Aktiviti kayak dengan merentas desa pun cancel sebab masa dah tak cukup plus keadaan cuaca yang tak menentu.

Bagi Arin, pergi PLKN lagi baik kot daripada duduk rumah tak tahu nak buat apa. Enjoy pun enjoy. Kita orang kat sini 5waktu solat berjemaah. Tapi ada masa, ada je yang solat sendiri sebab tak sempat nak kejar masa yang makin hari makin pack. So dikesempatan ni, Arin nak ucapkan ribuan terima kasih pada pihak JLKN sebab pilih Arin untuk sertai latihan ni. Seriously, Arin tak rasa menyesal pun masuk PLKN. Even ada certain part tu yang buat Arin tak sabar nak tamat latihan. But so far, Arin happy! :)

Then, ribuan terima kasih jugak pada cikgu cikgu yang banyak menyumbang tenaga, dedahkan kita orang dengan ilmu ilmu baru.. And i will miss this person KJ Halim! Lambatttt....! Hahahaha. Walaupun dia tegas, tapi baik sangat... Huhuhu

And tak lupa jugak ahli DORM 5P. Rindu sangat sangat dekat korang. Last day dekat kem, pandang je dorm sebak rasa hati ni. Teringat moments kita kat dorm. Gelak tawa.. Then setiap kali hujung minggu kita dapat phone. Sebelum dapat phone lagi masing masing dah cop tempat nak charge phone. Huhuhu :') Kita sedorm, tidur sebilik, rapat katil, kadang tu tidur sekatil.. Setiap kali pergi tandas mesti bising duk tanya, 

"S1 sape? Lepas mu sape?? Aku lepas mu dehh..."

Ya Allah, rindunya... Kita makan setiap masa pun jumpa sesama kita. Harapan, ukhwah yang terjalin antara kita berkekalan till jannah, Sahabat :')

Untuk Kompeni Delta, alhamdulillah.. Berkat Doa Usaha akhirnya kejayaan itu menjadi milik kita. Terima kasih Cikgu Tohar, Cikgu Sari, Cikgu Ayu dan cikgu cikgu yang lain. Tanpa cikgu kita orang tak mungkin menemui kejayaan ni. Delta! Champion champion champion!! ^^ Dan tahniah juga untuk Kompeni yang lain Charlie Bravo dan Alpha. 

See, siapa kata PLKN tak best? Siapa kata PLKN mengarut.. membazir?? Tak kan..? Korang pergi dengan perasaan gundah nanti korang balik rumah pun dengan perasaan yang sama cuma situasi dia berbeza. Perasaan masa dah tamat latihan, masing masing dah nak berpisah.. Perasaan sedih tu lain daripada masa mula mula masuk PLKN. Korang akan rasa semua ni bila korang dah masuk sini dalam tempoh 3bulan mungkin.

Arin rasa macam tak layak nak bagi nasihat tapi perlu sebab ni based on pengalaman Arin... Arin harap korang pandai sesuaikan diri dekat tempat orang. Kita dekat sana tak boleh buat macam kita kat rumah. Tak semua orang boleh terima dengan sikap kita. Pada yang kuat mengarah orang itu ini please buang sikap tu. Seriously orang tak suka. Dan jangan ingat semua orang boleh faham kita. Pandai pandai la kita jaga hati kita, jaga diri, jaga mulut... Sabar tu yang paling penting. Kalau sabar, takdenye antara kita akan bergaduh. Paling muka bagai.. Arin cakap ni sebab Arin dah lalui semua ni.. Ok?

Lastly, Arin nak minta maaf banyak banyak pada sesapa yang rasa Arin ni sombong ke tak nak kawan dengan orang ke... Tak banyak cakap... Tak suka senyum... Yaa, Arin akui memang sikap Arin macam tu. Sorry sangat sangat. Segala salah dan silap harap korang semua maafkan especially masa kelas CB5, KN5, PZ9 and KI4. Sorry if Arin tak banyak bagi komitmen. 

I will miss all the moments here! PT pagi, lagu Khidmat Negara, Laungan Khidmat Negara, Wisel Penghuluwati, roll call, berkumpul masa riadah bawah terik matahari, "lepaking tasiking", kelas, "Banyak main aa..", kawad, "Baris.. baris.. Sedia!", FULL LORENG! Yeah yeah, bakal merindui semua ni!!

Dorm 5P Cemerlang Yeehaa!!
Fiena, Anim, Effa, Shida, Farah, Khun, Abby, Auni, Nadiah, Yana, Mirah, Arina, Irene, Yus, Guat, Wong, Dilla, Apex, Iqa, Kaya, Laili, Meera, Isma, Kaiez, Eyda, Aida, Izah :')


Riadah time! "Lepaking tasiking" :')





Ala kadar untuk malam penutup 'Glamorous Night Fever'
**abaikan dorm kami, malam ngelast ni habis semua barang bersepah nak kasi sumbat dalam beg**


Hi5 for 5P Cemerlang Yeehaa!! :)


Tinggal kenangan ~.~


Thanks to Cg Sari n Cg Tohar yang banyak membantu kami! :)


Thanks jugak untuk pihak JLKN sebab TERpilih nama Arin masuk sini. Huhuhu :)


Ilmu :) Terima Kasih Cikgu...


Love You Guys, 5P's! :)


KAMI ^^ Wakil SMK Bukit Rangin, Kuantan. Huhuhu. 
Azizan Ikmal Aiena.
Good Luck untuk 2nd and batch yang seterusnya yea! 
Seriously, korang takkan rasa menyesal masuk PLKN ni :)


p/s: Anything nak tanya pasal kem boleh contact dekat Facebook ok :) 


Will miss all the moments here with you guys!
Much love >.<
Bye-II Assalamualaikum :')






Older Post | Newer Post
Landlord

Arin for short.
Feel free to be here gaiss ^.^

Happy 6th Anniversary Blogshut! Much love for you, my Dear! ❤ 20Nov2010 - 20Nov2016 :)

Check It Out!

Diary NAA's

Twitter: @azrnamra

Instagram: @azreenamiera

Older Entries


Say something :)


Addicts To




Click here!



Credits!

Template by : Mieyra | Biela
Full Edited : RinAmyra
Image From : we❤it

Best View at GOOGLE CHROME!