" align="CENTER" height="0" width="0">
N A A
Stay Strong
Sunday, May 18 @ 10:19 AM |



Assalamualaikum.
Horait. Merajinkan diri mengupdate blog hari ni. Huihui! Erm, hari demi hari Arin rasa Arin makin kenal dunia ni. Manusianya yang macam mana, environmentnya yang macam mana. Then, kehidupan yang penuh liku likunya. Ecehh! Hihihi. Sebenarnya, setiap masalah yang berlaku dalam hidup kita ni  mematangkan kita. Tapi tulah, bila kita mula jatuh je cepat sangat nak melatah. Cepat sangat nak melenting. Cepat sangat nak fikir negatif. Itulah manusia. Kadang kadang, kita akan rasa lifeless sangat bila kita down and then no one come and accompany us, right? Actually, Allah is always by our side. Tak perlu rasa down. Tak perlu rasa sedih. Tak perlu rasa kecewa. Dan tak perlu buat benda bodoh untuk lepaskan tekanan. Just make a dhu'a to HIM. InsyaAllah He will ease everything.

Tapi Arin bersyukur, sebab Arin masih ada SAHABAT yang sentiasa ada untuk Arin. Sentiasa faham perasaan Arin. Dan dia tahu macam mana nak happykan Arin bila Arin sedih. Bagi Arin parents dengan kawan tu lain. For sure, parents yang utama. Apa apa keputusan yang Arin nak buat, Arin akan tanya umi. Utamakan umi dulu. But untuk meluahkan perasaan ni kekadang malu nak bagitahu parents. So then, SAHABAT is the good listener. Susahkan nak cari orang yang faham kita? Yang boleh terima kelebihan dan kekurangan kita? Yang sentiasa ada dengan kita susah even senang sekalipun. 

Kekadang kita lebih terbuka untuk jadi diri sendiri. Bukan berpura pura jadi orang lain semata mata nak nampak hebat, nampak baik dekat mata orang. Padahal tu semua dusta! Better jadi diri sendiri biarpun perangai macam hantu. Hahaha. Tapi tak semua orang boleh terima diri kita. Diorang kalau boleh nak kita ni jadi apa yang diorang nak. Kan? Macamlah diorang tu baik sangat. Hebat sangat sampai nak orang lain sePERFECT dia, KONONYA lah. Sometimes, Arin rasa sesetengah manusia ni terlalu zalim. Bila dia dekat atas sesuka hati mak bapak nenek angkat dia je nak jatuhkan orang. Dia tak tahu tu bahawasanya dunia ni berputar. Tak selamanya kita ada dekat atas. Satu hari kita akan jatuh jugak. Tapi tak mustahil kita akan bangun semula if kita usaha untuk berada di atas. That's life.

Sebenarnya, kita tak perlu pun nak risau dengan apa yang orang nak cakap pasal kita. Itu hak diorang nak menilai. Kita dah cuba jadi yang terbaik tapi kekadang orang yang hati keras semacam batu tu, apa yang kita buat even though baik or buruk dia tetap akan nampak keburukan dalam diri kita. Once again, itulah manusia. Takkan pernah berlembut hati kalau dah hati tu sekeras batu. Arin pun tak tahu kenapa, still ada lagi manusia yang cetek akal. Dia tak pernah sedar yang apa dia buat tu semuanya something yang... really really ridiculous! Tapi rasanya dia takkan sedar kot. Tengok gayanya pun dah tahu. Dia hanya nampak keburukan orang sedangkan diri dia sendiri jauh lebih buruk dan teruk daripada orang yang dia caci maki tu, kan? Kebodohan dia terserlah dekat situ. Yea, i mean it.

So, Arin nak nasihatkan dekat hati Arin sendiri and untuk sesiapa sahaja yang sudi terima nasihat ni. Tak perlulah kau nak jatuhkan air muka orang. Even kau benci orang tu sekalipun jangan sampai rasa benci tu berbalik pulak dalam hidup kau. Takde manusia yang sempurna dalam dunia ni. Jadi jangan rasa kau tu terlalu sempurna sampai kau nak judge orang sesuka hati. Tanpa fikir perasaan orang lain. Dan jangan ingat orang yang ada dekat sekeliling kau sekarang akan selamanya dengan kau. One day, anything happen dorang akan tinggalkan kau jugak. Sedarlah, dunia ni sementara je. Tak perlulah nak rasa kau tu hebat sangat. Kau seorang yang terbuka? Oke, semua orang boleh terima yang tu. Tapi sejauh mana keterbukaan kau tu? Kalau kau terbuka sekalipun tapi kalau dalam hati kau ada secalit rasa untuk hancurkan hidup orang tu better kau muhasabah diri. Jangan sampai apa yang kau buat dekat orang sekarang akan terjadi pulak dalam hidup kau. 

Bukan senang nak puaskan hati semua orang, kan? Tapi kita dah cuba yang terbaik. Kita tak berpura pura pun. Kita dah jadi diri sendiri. Terpulang pada orang sekeliling je nak nilai macam mana. Apa yang orang nasihat atau tegur tu that's good for us actually. Kadang kadang orang tak cakap direct dengan kita. Tapi diorang menggunakan cara yang halus. I mean, try post some quotes yang semua orang boleh baca then mungkin orang tu akan celik hati dia dan dia mula muhasabah diri. Tapi tulah, still ada manusia yang tak sedar sedar. Ikut kepala otak dia je. Langsung tak nak amek pengajaran dari masalah masalah yang datang dalam hidup dia sebelum sebelum ni. Note to myself too :p

Sejujurnya, Arin tak pernah berdendam dengan sesiapa. Nak bermusuh? Jauh sekali. Tapi orang yang suka bermusuh dengan Arin. Dendam dia kemain lagi. Lama berzaman. Tapi tu antara dia dengan Allah. Bukan dengan Arin dah. Arin dah minta maaf. Turn dia pulak untuk fikir baik buruknya bermusuh dan berdendam. Terpulang lah nak teruskan atau hentikan je perasaan bodoh tu. Think positive :)


p/s: Entry kali ni secara umum. Tak tertuju kepada sesiapa pun. 
Sorry kalau ada terkasar bahasa atau ada menyentapkan hati sesapa. 
Ni semua sekadar perkongsian okay :)
La tahzan La tahinu Qawi lillahitaala.


Thanks for all readers and viewers.
Love you guys. 
Assalamualaikum.








Older Post | Newer Post
Landlord

Arin for short.
Feel free to be here gaiss ^.^

Happy 6th Anniversary Blogshut! Much love for you, my Dear! ❤ 20Nov2010 - 20Nov2016 :)

Check It Out!

Diary NAA's

Twitter: @rinrzk_

Instagram: @azreenamiera

Older Entries


Say something :)


Addicts To




Click here!



Credits!

Template by : Mieyra | Biela
Full Edited : RinAmyra
Image From : we❤it

Best View at GOOGLE CHROME!