" align="CENTER" height="0" width="0">
Helianthus.
Allah Almighty
Tuesday, May 19 @ 12:46 AM |


 

Assalamualaikum, hey there! Pergh giler lama tak update blog. Setahun mungkin. Huhuhu. Apa apa pun say Hi to me guys. Welcome back to me yang dah lama mereputkan blogshut setelah sekian lamanya. Oh my blogshut, i miss you damn much baby! Muah cikedd! Hihi. Setahun tu bukan setahun sesaja tinggalkan blogshut, ni setahun yang mana Arin fight for future. Yeah, aja aja fighting! Tipu la kalau Arin kata Arin tak rindu blogshut. Rindu, rindu sangat sangat. Tapi sumpah, tak ada masa nak blogging. But now, i'm free baby. For you ~

Okay harini mood blogging datang tetiba, gatal tangan rasa nak taip pepanjang macam dulu dulu. Hikhik. Ha kenapa? Tak suka baca karangan panjang panjang? Kita tak suruh pun awak datang sini baca semua  ni. Kalau rasa nak, on kan pembacaan and teruskan scrolling but kalau rasa tak nak just leave this page. Sonang sangat la aihh. Hokay. So, sebagaimana dah tertera dekat title entry "Allah Almighty" . Hurm, setiap manusia takkan pernah lari daripada buat kesilapan, kan? Yang namanya manusia tu tak pernah sempurna. Dalam kehidupan kita sehari hari pun kita takkan pernah lari dari sebuah masalah. Kadang kadang masalah tu berpanjangan macam takde penghujung. Fedup memang fedup bila masalah datang bertimpa timpa, nak nak masalah tu punca daripada diri sendiri yang tak dapat nak kawal perasaan. Hahaha! Sumpah rasa nak gelak dekat diri sendiri.

Nak diceritakan pada manusia lain rasa sebersalah sangat sebab dah tak sanggup nak membebankan fikiran orang lain dengan masalah kita. Kan? Nak minta dipinjamkan bahu apatah lagi. Jadi tak hairanlah kalau bloggie macam Arin gunakan personal blog untuk meluahkan perasaan. Selagi isu isu sensitif atau nama nama tak sepatutnya diterterakan dekat sini selagi tu Arin rasa Arin tak 100% cerita personal life Arin. Boleh terima tak statement ni? Hihi. Herm, Arin luahkan dekat blogshut sebab Arin tahu, beribu ribu entry yang Arin muatkan dalam blog ni pun but still blogshut terima. Andai kata setiap kali Arin terasa nak meluahkan rasa hati ni pada manusia, belum tentu orang tu sedia nak pinjamkan bahu dia untuk Arin, kan? Kadang kadang kita tak tahu, orang yang kita perlukan tu pun mungkin dalam masalah, sama macam kita. Sebab tu Arin dah tak nak terlalu bergantung pada manusia :)

Tapi, bila Arin fikirkan balik tiada masalah yang tiada jalan penyelesaiannya. Allahkan ada, Allahkan Maha Mengetahui, Allahkan Maha Mendengar setiap masalah kita. Allah takkan uji seseorang hamba Dia di luar kemampuan. Kalau kita rasa Allah sedang menguji kita, bersyukurlah. Itu tandanya Allah masih sayangkan kita. Didik hati kita untuk sabar dalam menempuh setiap ujian yang Dia bagi. Bukan ke Allah sayangkan hamba hambaNya yang bersabar? Semakin kita sabar, semakin kita tabah, in shaa Allah satu hari nanti ada ganjaran buat hambaNya yang bersabar dan tak pernah putus mohon pertolongan dari Dia. 

Perasaan yang datangnya jauh dari sudut hati kita ni, anugerah dari Allah. Tapi perasaan tu dapat dikawal kalau kena dengan caranya. Kalau dah banyak kali gagal dalam selesaikan masalah ni, kenapa tak sekarang kita jayakan dia? Kenapa tak sekarang kita cuba jauhkan semua tu dari membelenggu fikiran kita? Semua ni tak susah kalau kita sentiasa ingat yang Allah tu sentiasa bersama kita. Allah tolong kita walau sekecil mana pun masalah tu, Allah ada. Jangan risau sayang. Arin cakap sebab Arin pun alaminya. Kenapa perlu kejar cinta dunia kalau cinta Allah pun kita belum selami? Kenapa kita perlu risau ditinggalkan cinta dunia tapi kita endahkan cinta Allah? Kenapa kita tak dahulukan untuk melabuhkan cinta pada Allah? Jawapannya, tanya sama hati kita :)

Cinta dunia. Tipulah kalau kata tak perlu. Ya, memang perlu. Perlu untuk rasa dilindungi, perlu untuk rasa adanya cinta, perlu untuk rasanya dihargai. Tapi tak perlu untuk kita menjatuhkan air muka kita pada yang tak boleh nak menerima. Tak perlu rasa kecewa, tak perlu rasa kesal, tak perlu rasa bodoh bila semua tu hilang sekelip mata je. Allah tu Maha Berkuasa, mungkin Dia nak tunjukkan sesuatu pada kita. Jodoh pertemuan ajal maut tu di tangan Allah. Tak perlu risau. Kalau dah tertulis di Luh Mahfuz bahawasanya dia bukan milik kita, usaha macam mana pun tetap takde gunanya sayang. Behave yourself. Be kind to your heart. Jangan seksa diri, jangan seksa perasaan, jangan bebankan fikiran kita dengan masalah sekecil ni. Ingat Allah, everything gonna be okay. In shaa Allah :)

Relakan pemergian sesuatu yang kita tak rela nak lepaskan tu memang susah. Tapi kita tak terfikir ke yang kita sedang mendesak sesuatu? Andai kata sesuatu tu dapat kita miliki but it just on one sided, bahagia ke kita? Akan rasa ke keikhlasan tu? Akan ada ke yang dikatakan "fitrah" tu? Takde. Tak akan pernah ada. Jadi, lepaskan. Lepaskan bukan hanya menjadi mainan mulut kita, "Okay, i let you go if it will be fine then" No dear, lepaskannya dari hati. Bila hati dah kata "Ya" maka lepaskanlah. Walaupun kita dah sedia maklum, hati ni lah perkara yang paling susah sekali untuk dijaga dan dikawal. Make it ease, make a dhu'a and may Him find the best way. Just taking the easy way out :)

Bagi Arin untuk kali ni, walaupun ada lagi SIKIT sisa rasa tak rela tapi hati Arin tenaaaaaang sangat lepaskan. Tak dapat nak describekan perasaan tu. Terasa macam Allah titipkan keredhaan di hati Arin serta merta. Tak terasa kesal, tak terasa bodoh, tak terasa kecewa. Tapi tenang yang Arin rasa. Allah, alhamdulillah. Arin selalu doa minta dijauhkan dari maksiat dunia but I still want find it one. Itulah yang dikatakan hati yang susah untuk dijaga dan dikawal. Jadi, terima kasih untuk hamba Allah yang singgah sekejap dalam hidup Arin sebagai sebab untuk Arin sedar dari kejahilan Arin sendiri. Since that one fine night, Arin bangun esok paginya, rasa macam baru sedar dari nightmare. Huhuhu. Nightmare sangat ~

Nak kata first time ada masalah macam ni memang taklah kan. Tapi ni first time Arin rasa tak perlu take time untuk move on. Sebab percaya pada cinta Allah melebihi segala galanya. Cinta dunia, tu semua janji Allah. Akan ada, tapi belum tahu siapa, tak tahu di mana, tak tahu bila akan dipertemukan. Kalau bukan di dunia, di syurga nanti. Janji Allah itu pasti :)

Okay lah guys, cheq dah mengantuk tahap gaban dah ni. Dari tadi duk ralit menaip entry tak sedar jam dah nak dekat pukul satu pagi. No more "OWL" this tonight. Banyak lagi kerja nak kena settle esok esok esok dan esok esoknya. Haha. Berapa banyak esok maaa. Okay okay, goodnight everyone. Sorry kalau entry kali ni ada yang megguris hati sesiapa. Maaf bukk. Hoho. Thanks for viewers and readers. Gumawo gumawo, hihi. Assalamualaikum :)








Older Post | Newer Post
Landlord

Arin for short.

Happy 6th Anniversary Blogshut! Much love for you, my Dear! ❤ 20Nov2010 - 20Nov2016 :)

Check It Out!

Diary NAA's

Twitter: @rinrzk_

Instagram: @azreenamiera

Older Entries


Here's Your Words💋


Helianthus✿




Click here!



Credits!

Template by : Mieyra | Biela
Full Edited : Azreen Amiera
Image From : we❤it

Best View at GOOGLE CHROME!