" align="CENTER" height="0" width="0">
N A A
Not ready yet!
Wednesday, July 20 @ 5:57 AM |


Assalamualaikum korang! Hai. Okay, tahu. Tiba tiba update blogkan? Lama lama tinggal pastu tetiba muncul. Okay, jujur. Sekali lagi Arin awkward giler. Lama kot dah tak menaip dan meraban dekat blogshut ni. Rindunyaaaa zaman zaman meluahkan segala isi hati dekat blogshut since no one faham iolls la katakan, kan? Haha. Okay tak, gurau je tu. Oleh kerana terlalu mereput sem break ni, Arin saje jela usha entry blogshut yang 5tahun lepas tu. Kahkah! Senak perut ketawa baca tulisan sendiri. Macam taik je ayat, opps! Tersasul. Kakaka. Sorry sorry. Tapi seteruk teruk tulisan tulah yang bagi kepuasan dekat loner macam Arin. Boleh dikatakan setiap hari update blog even tak ada apa nak update pun cari idea sebab nak jugak update. Agak mengisi masa lapang jugaklah. Sampai umi tegur "Asyik mengadap je kerjanya!" Ha kau, Mem besar dah marah iolls uolls. Haha. Tapi tak lagi sekarang. Hm

Sekarang terlampau busy. Busy dengan apa pun Arin sendiri tak sedar. Nak kata banyak assignment, memang tak lah. Dah sebulan kot Arin sem break ni. Berbaki sebulan lagi. Haha. Sebenarnya physically tak busy pun, yang busy ni haa kepala otak tu yang busy ligat mikir itu ini. Overthinking orang kata. Fikir apa Arin? Masalah yang tak pernah habis tu ke? Tak sudah sudah lagi rupanya mengenangkan nasib bila diignore. Haha. Yela, mana tak kenangnya. Dah setahun kot, sama je. Bila tah Arin nak penat *emoji mata ke atas* Nak update benda sama lagi ke, Rin? Ya. Mungkin. Sebab tu je dalam fikiran. Hahaha! 

Dua hari lepas, adalah borak borak dengan Umi. Entah apa tajuk sebenar lepastu tiba tiba umi tanya, "Angah tak ada boyfriend ke?", dengan tak semena mena laju je jawab, tak ada. Then, Umi kata, jangan macam tu, nanti dah lama lama, dah berumur susah dah nak cari. Arin cakap la dekat Umi, "Umi lah carikan untuk Angah, macam semorang carikan jodoh untuk Maklang. Tu haa dah kahwin pun hahah"*emoji muka lagak tenang* Bila aku cakap macam tu, Umi ngomel apa entah. Yang pasti dia taknak carikan jodoh untuk aku. Hahaha. Takpe la, Umi tak nak carikan takpe. Kita tunggu Putera Kayangan jatuh dari langit nanti lamar Angah. Hm, mesti cem cem macam Fattah Amin. Wahh wahh! Demand giler. Nak yang handsome. Diri sendiri macam potato selonggok kat pasar malam. Bawak bawaklah sedar diri Arin. Kahkah!

Actually, i'm not ready yet to start all over again. Bila dah sangkut tapi terlepas jugak, nak buat macam mana, takde jodoh. Sampai diri sendiri rasa penat nak mulakan semula. Bukan senang. Dan bila rasa agak boleh nak buka pintu hati semula, muncul backstabber. Siapa je boleh terima? Nak nak kawan sendiri, orang tengah pulak tu. Deyy, ni cerita lama Arin. Buat apa ungkit. Haha. Bukan ungkit, saja nak luahkan. Lama tak cerita benda gini. Huhu. Tak boleh nak salahkan backstabber tu dan tak sepatutnya Arin copkan dia backstabber. Allah, berdosanya aku. Tapi tulah, hati dan perasaan manusia ni berbolak balik sifatnya. Kadangnya boleh menerima, kadangnya tak. Halah Arin, cerita 3tahun lepas. Tak payah nak kenang sangat la. Hahaha, tapi sebelum 3tahun lepas tu ada banyak lagi tahun yang tak boleh blahh. Banyak sangat bad memories. Senang cakap, dah banyak kali jatuh bangun dalam relationship bodoh ni. Sangat tak best, kahkah! Since form one lagi tak silap. Okay okay takmoh dah major throwback. Wuu,

I'm not the type of person yang terlampau berkeras hati and cepat anti dengan itu dan ini, hahaha! Sampai masa aku cair jugak. Ni manusia la, bukan tiang gol. Okay, sekarang eh? Since last year till now, maaflah. Masih dengan perasaan yang sama dan belum boleh berubah. Mulut dan tindakan cepat je kata tak. Tapi hati belum. Tak pernah pun kata tak. Dah makin tua kot, tak ada masa nak main main. Orang tua tua kata, nak tahu tu jodoh kita atau tak, bila kita tengok dia hati kita rasa tenang. And yes, he's the one. Tapi masalahnya, one sided je ni. Dia tak tenang kot tengok aku, bhahahha! Ada jugak rasa nak move on. Sebab rasa bodoh tunggu. Tapi tak lama pun move on tu. Acah acah giler aku. Haha. I'm back to normal untuk jadi gila bayang semula. Weh, teruknya aku! Tah pape tah. Macam dah tak ada orang lain. Aah, memang tak ada pun. Tak ada ajnabi lain yang boleh buat aku tenang aceni. Ececeyh, hahah! Geli err.

Entah. Aku sendiri tak faham apa yang aku nak sebenarnya. Dah jelas jelas ni one sided feelingss tapi aku degil jugak nak tengok kesudahannya. Aku tahu, at last bukan aku. Haha. Tapi at least, aku tak tipu diri aku. Hati aku kata dia, dia lah. Melainkan Allah ubah perasaan dan fikiran aku untuk orang lain. Demi Allah, aku bukan saja saja tak nak lupa. Tapi memang tak boleh. Cuba duduk dekat tempat aku, baru kau rasa. Baru kau faham. Aku taknak pun rasa macam ni. Bodohkan diri sendiri kot. Semorang taknak, kan? Haha. Emosi la pulak. Tak bestnya taip sedih sedih. Dah nak buat macam mana, tangan ni menaip ikut kata hati. Jiwang giler hati aku, tah pape cakap ceni. Huhuhu. 

And lepas ni, siapa pun yang datang and nak stay dalam hidup aku, aku harap dia nak hidup dengan masa depan aku la. Bukan dibayangi masa silam lagi. Masa silam aku tu tak matured giler kot. Aku ingat balik pun geli. Ada lagi aku simpan dalam entry 5tahun lepas. Hahaha. Saje simpan, nak tunjuk dekat anak cucu cicit nanti. Kahkahkah! Meroyan la Arin. Sape nak kat kau yang nak ada anak cucu cicit bagai ni, err! Okay la, letih dah menaip. Nak sambung buat report SIEP pulak. Huwaa, rasa nak menangis je ni. U orang lain tenang je cuti sem ni. Aku kena hadap report SIEP segala bagai plak. Oh ya, SIEP stand for Students In Entreprise Programme. Nak tahu pebenda SIEP tu apply la masuk UMK. Haa, aku cekik sekor sekor siapa tak tahu UMK tu nateyharey gapo! Bukan Universiti Malaysia Kedah!! Bukan!! Tak wujud lagi yang tu. Kedah nuhh UUM. Haha! UMK tu Universiti Malaysia Kelantan. Huuuu nak nangis bila orang tak kenal U titew, hahaha! Takpe, UMK baru lagi kot. Tengah nak up tu. Sokay, i'm proud to be UMKian. Kahkah, hipokrit bena nih. Proud sengoti ko? Pikir diri ah. Bye, thankyou, assalamualaikum.












Older Post | Newer Post
Landlord

Arin for short.
Feel free to be here gaiss ^.^

Happy 6th Anniversary Blogshut! Much love for you, my Dear! ❤ 20Nov2010 - 20Nov2016 :)

Check It Out!

Diary NAA's

Twitter: @rinrzk_

Instagram: @azreenamiera

Older Entries


Say something :)


Addicts To




Click here!



Credits!

Template by : Mieyra | Biela
Full Edited : RinAmyra
Image From : we❤it

Best View at GOOGLE CHROME!