" align="CENTER" height="0" width="0">
N A A
Hipokrit
Friday, December 2 @ 2:21 AM |



Assalamualaikum and hai? Hehehe. K. Macam biasa, rasa dah lama giler tak update blog. Memang dah lama sangat pun. Last update masa cuti sem dua bulan tu kot. Dah naik sem bila je ada masa nak spend time dengan blogshut, yedok? Huhu. Ni nak update entry baru ni kira ada mood sangat sangat dah ni. Kata nak jadi blogger macam Irine Nadia, tapi nak update entry kemain malas. Busy konon. Acah acah wuu. Haha. Okay okay, so entry kali ni entahlah. Tak tahu kenapa tetiba nak share pasal hipokrit

Actually, dalam hidup ni kita bukan sengaja nak jadi hipokrit. Dan bukan niat kita pun nak jadi orang lain. Bagi orang yang rasa diri dia "terpaksa" jadi seorang yang hipokrit tu sebenarnya dia more to nak jaga hati orang. Dia terpaksa jadi baik, dia terpaksa cakap tapis tapis, dia terpaksa jadi orang lain. Bukan untuk nampak baik atau untuk disanjung sanjung tapi dia nak jaga hati orang. Tak semua hipokrit tu ke arah keburukan. Jadi hipokrit pun kadang kadang ada baiknya. Tengok pada keadaannyalah, kan?

Yelah, cuba korang fikir, kalau orang sekeliling korang buat salah. Jelas tu salah dia. Dan korang pulak jenis so-so punya orang. Nak kata baik, tak. Nak kata jahat, pun tak. Tapi korang sedar, orang tu buat salah and korang nak tegur tapi tak tertegur. Sebab apa? Sebab korang takut. Andai kata korang tegur, dan teguran korang tu mungkin akan mengguriskan hati seseorang tu, korang tahu ke apa yang akan jadi untuk masa yang akan datang? Kalau orang tu jenis yang boleh menerima teguran, okay lah. Tapi kalau jenis yang rasa diri dia je yang betul? Rasa diri dia tak pernah buat dosa? Rasa diri dia tak perlukan sebarang teguran? Korang tahu apa yang mungkin berlaku antara korang dengan orang tu? Kebarangkalian tak bertegur sapa, berpaling muka, sentap bertahun boleh jadi. Hubungan yang baik pun boleh jadi renggang. Korang pernah terfikir?

Nilah yang Arin takut sangat. Tak tegur rasa sebersalah. Tegur karang takut jadi benda lain. Bukan semua orang boleh terima pendapat kita. Sorry to say guys, thats why la Arin lebih memilih untuk jadi hipokrit tanpa orang sedar. Berlagak 'okay je', berlagak sokong dengan semua pendapat orang lain walaupun tahu semua tu SALAH. Bukan senang nak setuju, nak mengiakan benda yang salah. Bila diri dah prefer untuk jadi orang lain luarannya, hati yang di dalam ni memberontak sedih dengan tindakan diri sendiri ni, Allah je tahu peritnya rasa dia. Kadang kadang tu ada jugak rasa susahnya hidup jadi seorang yang tak ada pendirian macam ni. 

Demi menjaga hati orang, diri sendiri rasa tertekan. So sekarang, Arin bukan nak nasihat, jauh sekali. Diri sendiri pun tak guna lagi, nak nasihat orang, ke laut la. Huhu. Korang fikir fikirlah. Either korang ni antara yang membuatkan seseorang tu menjadi hipokrit atau korang sendiri yang terpaksa jadi hipokrit. Andai korang dah sedar yang korang punca seseorang tu jadi hipokrit, korang cubalah ubah cara korang in any situation. Yea, hati manusia dan fikiran manusia tu kadangnya kita tak dapat baca. Semoga Allah tak gelapkan hati kita, so then in shaa Allah kita sedar kesalahan yang kita dah buat. Tapi kalau hati tu dah gelap yang tak boleh bawak bincang dah tu, orang tegur and nasihat la macam mana pun dia takkan sedarnya. Yelah, hati dah gelapkan. Hati gelap dan rasakan diri dia bagaikan malaikat yang tak pernah buat dosa. Huh, deep tak? Tak deep? Hati gelap lah tu. HAHA! Okay tak, iolls gurau je okay.

Okay, letih dah merepek tapi sebenarnyakan, rasa macam tak tersampai je entry kali ni. Rasa macam ada yang tertinggal. Rasa macam tak puas lagi nak menaip. Hahaha. Tapi tak boleh la lama lama sangat mengadap laptop, banyak lagi kerja tergendala. Presentation CE, study lecture CE, prepare soalan untuk study group. Hahaha. Study group, lama dah tak sebut dan tak buat. Hehehe. Sem ni memang kena buat study group, final lagi sebulan. Killer subjek Finance dengan Statistic dah tahap kritikal sangat dah ni. 50-50. Faham tak faham. Huhuhu. Sem ni nak naikkan lagikan pointer tu? Usaha kena lebih la sikit. Bukan tahu cakap je, tapi usaha takde. Huhu. Okay then, see you when i see you baby blogshut. Iloveyou, bye!









Older Post | Newer Post
Landlord

Arin for short.
Feel free to be here gaiss ^.^

Happy 6th Anniversary Blogshut! Much love for you, my Dear! ❤ 20Nov2010 - 20Nov2016 :)

Check It Out!

Diary NAA's

Twitter: @azrnamra

Instagram: @azreenamiera

Older Entries


Say something :)


Addicts To




Click here!



Credits!

Template by : Mieyra | Biela
Full Edited : RinAmyra
Image From : we❤it

Best View at GOOGLE CHROME!