" align="CENTER" height="0" width="0">
N A A
Be full-grown
Saturday, January 28 @ 7:46 AM |


Assalamualaikum, hai hai hai gaiss! Hehehe. Wuu seronoknya sembreak ni. Makan tidur kdrama, repeat till now. Kihkih. Yelah, sedar diri. Ekonomi ku kini kian merosot. Nak keluar dengan kawan duit takde. Jadi, kita buatlah cara orang yang lack of economy, k? Duduk rumah, tolong umi and get my own self reward. Dan sambil mengembangkan diri ini *mata ke atas* Hahaha. Tambah tambah pulak cuti kali ni musim hujan. Pergh, boleh fefeeling Korea sangat. Sejuk giler! Tutup kipas pun no hal. Hehehe. So pagi ni, sebelum masuknya waktu subuh aiolls tergerak hati nak up entry pasal be full-grown or mature matured maturity matureness. Semua tu ada maksud yang sama, kematangan. Kematangan sang manusia. Huhu.

Macam kita selalu dengar, pengalaman mematangkan kita. Pengalaman dengan perangai manusia sekeliling, pengalaman dengan persekitaran baru and yang paling kita berpengalaman sekali is pengalaman dengan diri sendiri. Masalah yang kita sendiri hadapi pun boleh mematangkan kita. Kadang kadang, kita tak perasan pun yang kita dah sampai level matang ni. Sebab semuanya bergantung atas diri masing masing. Kalau betul kita dah matang, kita dapat rasa semua masalah yang kita hadapi tu, cuma sekecil kecil dugaan yang Allah bagi. You know what? Semua tu sebenarnya anugerah dari Allah untuk kita. Anugerah untuk mereka yang sedar Allah masih sayangkan kita, sebab tu macam macam dugaan Dia bagi. Dari situ, kita dapat belajar untuk jadi seorang yang matang, kuat, tabah dan sabar in any situation.

Tak semua orang boleh jadi sematang matang manusia taw. Kadang kadang dia rasa dia dah cukup kuat untuk hadapi segala beban yang dia pikul. Tak. Tak mudah untuk jadi seorang yang matang. Macam yang Arin pernah baca satu statement ni, seseorang tu matang bila dia mula berdiam bila dia ditimpa sesuatu masalah. Berdiam sebab tak nak susahkan orang lain dengan masalah dia. Selalunya, masalah lah yang buatkan kita belajar untuk jadi matang. Dengan adanya masalah kita automatik akan rasa, "I need someone's shoulder to cry on..." Kan kan kan? Selain daripada kita mengadu dengan Allah, kita pun perlukan seseorang untuk berkongsi apa yang terbuku di hati kita. Tak kisah la mak ayah ke, adik beradik ke, kawan ke. Yang pasti, seseorang tu memerlukan seseorang yang lain untuk berkongsi cerita dia. Bila ada seseorang yang sudi dengar kisah dia tu, surely dia rasa lega giler. Hm, huhuhu. 

Perasaan dalam hati seseorang tu susah sangat nak digambarkan. So bila dia dah luahkan apa yang terbeban dalam hati dia selama ni pada seseorang, seolah olah batu besar yang menghempap dada dia tu dah hilang. Lega dia tak dapat nak didescribekan. Mesti korang pernah rasa semua ni kan? Tipulah kalau tak pernah. Kalau ya sekalipun tak pernah, alhamdulillah. Korang masih di zone kehidupan yang selesa dan bahagia. Hm. Tapi untuk pengetahuan korang, tak semua orang faham kita walaupun dia seorang pendengar yang setia. Dan tak semua orang boleh tadah telinga dia dengar keluhan kita walaupun pada mata kasar kita, kita nampak yang dia sudi pinjamkan bahu dia untuk kita, pinjamkan telinga dia untuk dengar keluhan kita. Manusia tetap manusia, punya hati punya perasaan. Rambut sama hitam, hatinya berbeza beza. Jangan lupa yang satu ni.

Sebab tu, tak semua masalah yang kita hadapi kita perlu berkongsi kisahnya dengan orang lain. Tak semua. Thats why, belajarlah untuk jadi seorang yang matang dan berdikari dalam segala hal. Bila kita diamkan diri dalam masa yang sama cuba slow slow selesaikan masalah tu sendiri. Sebab walau apapun masalah yang melanda, sesulit mana pun kita nak selesaikan masalah tu, kuatkan hati kuatkan semangat, berdiri di atas kaki sendiri tanpa berharap pergantungan daripada orang lain. Ingat, orang lain pun ada masalah yang kita sendiri tak tahu. Jangan pentingkan diri sendiri. Jangan pernah bebankan fikiran orang lain dengan masalah kita. Once again, belajarlah untuk menjadi seorang yang matang. Sebelum buat apa apa keputusan, fikir baik buruknya dulu. Samalah kalau nak meroyan sebab sakit hati dengan orang sekeliling, i choose Twitter untuk lepas geram. Hahaha! Agaknya kalau orang tengok tweet Arin maunya kena mute. Hihihi. Tapi untuk kepuasan hati sendiri. At least bila tweet rasa ringan sikit beban and tak perlu pinjam bahu dan telinga manusia. Simple. Huhuhu.

Lagi satu, yang menunjukkan kematangan kita bila kita berhadapan dengan sesuatu yang mana di mata kasar kita ianya nampak gah, hebat tapi dalamannya penuh keburukan. Takkan nampak di mata kasar sebab ianya disorok atas dasar keegoan. Manusia mana yang nak orang nampak keburukan dia? Sejujur jujur, senaif naif seseorang tu pun mesti ada secalit perasaan malu untuk menampakkan keburukan yang ada pada diri dia.  Jadi, dia memilih untuk tinggikan ego atau pendirian dia semata mata untuk sorok keburukan yang ada pada dia. Bila berhadapan dengan orang macam ni, yang mana dalam hati dia, jiwa dia tak pernah rasa puas dengan apa yang dia ada, we'd better ignore and diamkan je apa pun telahan dia. Dia nak cakap besar ke, dia nak menidakkan apa yang betul ke, biar dia rasa puas and same goes to us. Diam kita tak bermaksud kita setuju dengan dia, kita diam sebab kita malas nak layan senang cakap. So better, buat tak tahu. Daripada bergaduh dikemudian hari, kan?

Hm, dalam banyak banyak part bila buat reportkan, part conclusion la yang Arin paling tak suka. Samalah macam sekarang, tak tahu nak conclude macam mana lepas dah panjang panjang membebel dalam entry ni. Huhuhu. So rasanya sampai sini je kot yang Arin dapat share. Mana yang baik datangnya dari Dia, yang buruk itu semuanya dari Arin sendiri. Thankyou for lend me your time baca entry yang tak seberapa ni, huhuhu. Rasanya tak terlambat lagi kot nak wish, 

HAPPY 6TH ANNIVERSARY BLOGSHUT! Terima kasih untuk enam tahun ni. Terima kasih untuk ruangan yang tak pernah tak muat untuk Arin all out apa yang berada di benak fikiran ni. iloveyou iloveyou iloveyou for the rest of my life! iloveyou so much blogshut. Imagine cepat depan ni ada kek, jom tiup kek sesama. One.. two.. three fuhh fuhh! Yeayy, alhamdulillah. Enam tahun yang tak pernah mengecewakan with you bby blogshut. iloveyou again to the moon and back. Saranghae❤ Thanks again guys, assalamualaikum :)


P/S: Actually, sambil sambil update entry ni Arin ada pasang lelagu dari favourite singer Arin, Westlife. Huhuhu. Best giler, tak rugi dengar. Meh sini Arin nak share dengan korang. Link ada kat bawah ni k. Enjoy!















Older Post
Landlord

Arin for short.
Feel free to be here gaiss ^.^

Happy 6th Anniversary Blogshut! Much love for you, my Dear! ❤ 20Nov2010 - 20Nov2016 :)

Check It Out!

Diary NAA's

Twitter: @azrnamra

Instagram: @azreenamiera

Older Entries


Say something :)


Addicts To




Click here!



Credits!

Template by : Mieyra | Biela
Full Edited : RinAmyra
Image From : we❤it

Best View at GOOGLE CHROME!